GLOBAL

Netanyahu didesak pembangkang Israel letak jawatan

3 Mac 2019, 7:40 AM
Netanyahu didesak pembangkang Israel letak jawatan

TEL AVIV, 3 MAC: Kumpulan pembangkang mengadakan perhimpunan di sekitar bandar raya ini, semalam bagi mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meletak jawatan.

Desakan itu dilakukan selepas Peguam Negara itu memaklumkan perancangan pihaknya untuk memfailkan dakwaan rasuah terhadap Netanyahu.

Agnesi berita AFP memaklumkan, perhimpunan itu menyaksikan kumpulan pembangkang mengibarkan bendera Israel termasuk sepanduk tertera tulisan 'Masa untuk Netanyahu letak jawatan' dan 'Menteri Jenayah'.

Bagaimanapun, di kawasan hampir sama, penyokong Netanyahu turut nengadakan perhimpunan sebagai tanda sokongan dengan sepanduk berbunyi 'Netanyahu, rakyat terus bersama anda' dan 'Netanyahu, Perdana Menteri saya'.

Berdasarkan undang-undang Israel, Perdana Menteri tidak diperlukan meletak jawatan kecuali selepas berlaku pendakwaan dan disabitkan dalam kes di mahkamah serta gagal dalam semua rayuan yang biasanya memakan masa panjang.

Netanyahu bertanding untuk penggal kelima pada pilihan raya April ini.

Selepas pengumuman Peguam Negara Khamis lalu, Netanyahu berkata, beliau mahu menjadi Perdana Menteri untuk jangka panjang lagi di sebalik berhadapan dakwaan itu.

Di Ramle, berhampiran Tel Aviv, aktivis Parti Buruh memancarkan mesej besar di tembok penjara Maasiyahu bertulis 'Netanyahu, Israel memalukan', kata kenyataan parti pembangkang itu.

Penjara itu menempatkan bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert, yang menjalani hukuman kerana rasuah dan bekas Presiden, Moshe Katsav, ekoran merogol dan kesalahan seksual lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619