AGENDA

Ribuan berhimpun bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB

27 Sep 2024, 10:00 AM
Ribuan berhimpun bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB

NEW YORK, 27 SEPT: Beribu-ribu aktivis, ahli organisasi hak asasi manusia dan wakil dari komuniti Palestin, Arab, dan Muslim berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di New York City, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Bantahan itu berlangsung menjelang ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, bagi menzahirkan kebimbangan berterusan terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin serta peningkatan keganasan di Lubnan baru-baru ini.

Sejak ketibaan Netanyahu di Manhattan untuk menghadiri mesyuarat PBB, demonstrasi besar berlaku di beberapa jalan dengan desakan agar Netanyahu dan tentera Israel dipertanggungjawabkan atas kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Penunjuk perasaan turut mengecam serangan agresif Israel ke atas Lubnan baru-baru ini.

Para aktivis merancang untuk meneruskan demonstrasi sepanjang kehadiran Netanyahu di New York, dengan matlamat untuk mendesak delegasi yang menghadiri Perhimpunan Agung bertindak segera bagi menamatkan serangan berterusan Israel.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619