Kanak-kanak empat tahun lemas dalam kolam ikan

15 Feb 2026, 12:58 PM
Kanak-kanak empat tahun lemas dalam kolam ikan

ALOR SETAR, 15 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kolam ikan di Kampung Perik, dekat Kuala Nerang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Affzanisham Mohammad Sham berkata dalam kejadian pada 6.15 petang itu, mangsa Ayyash Ahmad Sajid Ahmed dibawa ke Hospital Jitra sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak lelaki mereka bermain pasir di kawasan kolam ikan berhampiran rumah sebelum disedari hilang.

“Mereka kemudian menemukan kasut mangsa terapung di dalam kolam ikan berkenaan sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh ke dalam kolam berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu diberikan rawatan kecemasan di hospital terbabit sebelum disahkan meninggal dunia pada 11 malam.

Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619