Agenda keselamatan siber diperkasa, jamin kestabilan negara - PM

12 Feb 2026, 12:53 PM
Agenda keselamatan siber diperkasa, jamin kestabilan negara - PM

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Agenda keselamatan siber negara akan terus diperkasakan melalui kerjasama strategik seluruh pihak berkepentingan demi menjamin keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara seiring dengan iklim geopolitik yang tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata agenda berkenaan antara dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikannya hari ini bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mendepani ancaman siber yang semakin kompleks.

“Mesyuarat meneliti kemajuan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (CSCDC) sebagai entiti berpusat yang menyatukan fungsi Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagaimana diluluskan Jemaah Menteri.

“Melalui penstrukturan ini, PTPKM akan mempunyai penempatan institusi tetap, manakala fungsi dan sumber CSM dipusatkan di bawah CSCDC yang ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri, di bawah kawal selia NACSA dan Majlis Keselamatan Negara sebagai sayap teknikal serta operasi,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata mesyuarat itu juga bersetuju dengan cadangan dasar baharu Rang Undang-Undang Jenayah Siber, termasuk peruntukan menangani penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) seperti deepfake, penyebaran imej intim serta aspek pengekalan data komputer bagi tujuan siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619