PM: Kekalkan keharmonian, tolak prasangka

16 Feb 2026, 3:33 PM
PM: Kekalkan keharmonian, tolak prasangka

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak membiarkan emosi, hasutan serta perbezaan pandangan meretakkan hubungan dan menghakis rasa percaya yang telah sekian lama terjalin dalam masyarakat majmuk negara ini.

Dalam ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina esok, Anwar berkata perbezaan itu sebaliknya harus dijadikan ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan demi mengekalkan keharmonian bersama.

“Tahun Baharu Cina sentiasa mengingatkan kita tentang kemakmuran, harapan dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Pada Tahun Kuda ini, ketekunan, keberanian dan semangat juang diraikan seiring tuntutan untuk bertindak dengan kebijaksanaan serta kesederhanaan.

“Confucius mengingatkan kita bahawa keharmonian lahir apabila manusia saling menghormati dan memahami satu sama lain. Inilah asas yang memungkinkan masyarakat berbilang kaum hidup bersama secara aman walaupun berbeza latar budaya dan kepercayaan,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan terus melangkah gagah selagi keharmonian, rasa hormat dan ihsan dijadikan pegangan bersama serta mendoakan agar seluruh rakyat dilimpahkan kesejahteraan dan kemakmuran.

“Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! Ma Nian Xin Da Yun!,” kata Perdana Menteri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619