Mata pelajaran sejarah hanya ditawar kepada murid Tahun 5 dan 6

11 Feb 2026, 1:16 PM
Mata pelajaran sejarah hanya ditawar kepada murid Tahun 5 dan 6

PUTRAJAYA, 11 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah hanya ditawarkan kepada murid Tahun Lima dan Tahun Enam.

Menurut KPM, penjelasan itu dibuat susulan laporan media berhubung penawaran mata pelajaran sejarah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Kenyataan itu memaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan mengenai pelaksanaan kurikulum baharu yang akan bermula tahun hadapan, melibatkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

“Bagi mata pelajaran sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid tahun lima dan tahun enam.

"Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula di tingkatan satu,” menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619