JPJ sita kereta Bentley, cukai jalan tamat tempoh sejak 2018

9 Feb 2026, 4:38 AM
JPJ sita kereta Bentley, cukai jalan tamat tempoh sejak 2018

SHAH ALAM, 9 FEB: Seorang ahli perniagaan wanita memberi alasan terlepas pandang untuk memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018 ketika ditahan pihak berkuasa, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata wanita yang memandu kereta Bentley Continental ditahan dalam Ops Khas Luxury di Jalan Tun Razak, Kuala , lapor Harian Metro.

Katanya, semakan mendapati kenderaan itu miliknya dan dia melakukan kesalahan LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten (CDL).

“Siasatan mendapati LKM dan insurans kenderaan mewah itu sudah tidak diperbaharui sejak 2018.

“Wanita itu memberi alasan terlepas pandang disebabkan sebelum ini urusan memperbaharui LKM dan lain-lain diuruskan keluarga,” katanya menurut Harian Metro.

Kenderaan itu kemudian disita untuk tindakan selanjutnya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619