Kanak-kanak dipukul, dicabul ketika ke pasar malam

30 Jan 2026, 10:15 AM
Kanak-kanak dipukul, dicabul ketika ke pasar malam

SHAH ALAM, 30 JAN: Tiga beradik berdepan detik cemas apabila seorang daripada mereka, kanak-kanak perempuan, dipukul dan dicabul seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke pasar malam di Bukit Sentosa, Hulu Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam.

“Ketika kejadian, mangsa bersama kakak dan abangnya sedang berjalan di Jalan Bakawali menuju ke pasar malam sebelum didatangi suspek yang tidak dikenali.

“Suspek kemudian menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya dan bertindak memukul serta mencederakannya,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau berkata hasil siasatan awal membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penganggur di rumahnya di Bukit Sentosa.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing didapati positif dadah,” katanya.

Menurut Ibrahim, permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619