MPHS sita gerai ingkar arahan, berniaga tanpa kebenaran

31 Jan 2026, 1:30 AM
MPHS sita gerai ingkar arahan, berniaga tanpa kebenaran
MPHS sita gerai ingkar arahan, berniaga tanpa kebenaran
MPHS sita gerai ingkar arahan, berniaga tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 31 JAN: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah premis atas kesalahan halangan awam dan penjaja tanpa kebenaran di Batang Kali, baru-baru ini.

Operasi itu dilaksanakan selepas pemilik gagal mematuhi arahan notis yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut MPHS, pemeriksaan di Lorong Belakang Jalan Meranti 1A mendapati sebuah gerai tolak yang telah dinotiskan masih tidak dialihkan.

“Tindakan sitaan diambil kerana pemilik gagal mematuhi notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” menurut kenyataan rasmi MPHS di Facebook.

Selepas selesai menyita gerai terbabit, anggota penguat kuasa MPHS terus memantau penjaja di kawasan Belakang Dewan Abdul Hamid.

"Pemeriksaan mendapati beberapa penjaja masih menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan.

"Susulan itu, tindakan sitaan juga diambil terhadap dua penjaja di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Penjaja MDHS 2007 selepas mereka gagal mematuhi notis yang diberikan," menurut MPHS.

MPHS menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619