Bayi lelaki enam bulan ditemukan maut di rumah, tiada unsur jenayah

26 Jan 2026, 1:59 PM
Bayi lelaki enam bulan ditemukan maut di rumah, tiada unsur jenayah

GEORGE TOWN, 26 JAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah flat di Air Itam di sini hari ini oleh ibu bapanya yang juga warga asing sebelum disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 8.55 pagi, dan siasatan awal mendapati bayi tersebut ditemukan di atas katil di bilik tidur oleh ibu bapanya pada kira-kira 7 pagi.

“Badan bayi itu didapati tiada kesan jenayah, dan mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan di bahagian paru-paru.

"Hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan di badan bayi itu" menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu laporan dibuka untuk siasatan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619