AGENDA

Bayi enam bulan antara dua maut, lima cedera dalam kemalangan

30 Mac 2025, 8:36 AM
Bayi enam bulan antara dua maut, lima cedera dalam kemalangan

KOTA KINABALU, 30 MAC: Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 100 kilometer dari balai BBP Beluran itu selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 pagi.

“Empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang lagi bayi terlibat dalam kejadian. Enam berjaya dibawa keluar dari kereta itu oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bayi berusia enam bulan bersama seorang lagi individu yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi cedera ringan, dan operasi kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi.

Difahamkan kesemua tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Semporna untuk berhari raya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619