Persiapan hadapi SUKMA: 60 atlet silat, taekwondo Selangor jalani ujian kecergasan

25 Jan 2026, 5:00 AM
Persiapan hadapi SUKMA: 60 atlet silat, taekwondo Selangor jalani ujian kecergasan
Persiapan hadapi SUKMA: 60 atlet silat, taekwondo Selangor jalani ujian kecergasan
Persiapan hadapi SUKMA: 60 atlet silat, taekwondo Selangor jalani ujian kecergasan
Persiapan hadapi SUKMA: 60 atlet silat, taekwondo Selangor jalani ujian kecergasan

SHAH ALAM, 25 JAN: Seramai 60 atlet pasukan pencak silat dan taekwondo Selangor menjalani sesi ujian kecergasan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Menurut Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), sesi itu bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal, daya tahan serta kesiapsiagaan atlet menghadapi cabaran pertandingan di peringkat temasya.

"Ujian ini penting bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta potensi risiko kecederaan atlet pada peringkat awal agar intervensi dapat dilaksanakan secara berkesan.

"Atlet yang dikenal pasti mengalami kecederaan atau ketidakstabilan fizikal akan dirujuk untuk rawatan rehabilitasi dan fisioterapi mengikut tahap kecederaan masing-masing, sekali gus memastikan prestasi optimum dan pengurangan risiko kecederaan berulang menjelang SUKMA 2026," maklum MSNS.

Sesi ujian dikendalikan oleh Bahagian Sains Sukan MSNS bagi memastikan setiap prosedur penilaian dilaksanakan mengikut piawaian sains sukan.

Program itu berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 4, melibatkan atlet yang kini berada dalam fasa latihan intensif.

SUKMA Selangor 2026 akan mempertandingkan 474 acara daripada 37 jenis sukan, manakala PARA SUKMA membabitkan 10 jenis sukan dan hampir 300 acara dari 5 hingga 14 September.

Sebanyak 52 lokasi pertandingan di sembilan daerah akan digunakan, melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan dan swasta, termasuk Velodrom Nasional Negeri Sembilan.

Larian obor SUKMA dijangka bermula pada April ini, merentasi kesemua sembilan daerah di Selangor, bagi memeriahkan lagi sambutan temasya sukan terbesar di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619