EXCO: Lokasi sukan SUKMA 2026 hampir dimuktamadkan, 3,000 sukarelawan diperlukan

16 Ogos 2025, 2:28 AM
EXCO: Lokasi sukan SUKMA 2026 hampir dimuktamadkan, 3,000 sukarelawan diperlukan
EXCO: Lokasi sukan SUKMA 2026 hampir dimuktamadkan, 3,000 sukarelawan diperlukan
EXCO: Lokasi sukan SUKMA 2026 hampir dimuktamadkan, 3,000 sukarelawan diperlukan
EXCO: Lokasi sukan SUKMA 2026 hampir dimuktamadkan, 3,000 sukarelawan diperlukan

SHAH ALAM, 16 OGOS: Penetapan lokasi sukan dipertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor hampir selesai, kata EXCO sukan.

Mohd Najwan Halimi berkata, buat masa ini lokasi untuk sukan wajib dan tambahan sedang dimuktamadkan melibatkan semua pihak berkuasa tempatan.

"Jika kita lihat tadi, maskot (helang putih) terbang ke semua daerah... menggambarkan 'venue' sukan dipertandingkan nanti.

"Setakat ini, hampir semua muktamad dan terbaharu acara e-sukan yang kita akan laksana di pusat konvensyen Melawati di Ampang," katanya selepas majlis pelancaran SUKMA Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini malam tadi.

EXCO Sukan Najwan Halimi bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Logo, Maskot, Tema SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Ogos 2025 . Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Pada majlis tersebut, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari turut merasmikan maskot rasmi kontinjen Selangor iaitu helang putih.

Turut dilancar logo rasmi SUKMA Selangor 2026 berbentuk obor dengan angka romawi XXII yang meraikan Selangor kembali menjadi tuan rumah. SUKMA Selangor juga memperkenalkan tema Rentak Kita, Aksi Kita.

Dalam pada itu, Mohd Najwan turut memaklumkan sekretariat SUKMA Selangor akan memfokuskan kepada pencarian sukarelawan bagi memastikan penganjuran temasya sukan itu berjalan lancar.

Katanya, pihaknya menyasarkan 3,000 sukarelawan terlibat khususnya melibatkan golongan muda.

"Kita ada sukarelawan Team Selangor dan Sukarelawan Selangor (SERVE) tetapi pada masa sama buka juga untuk golongan muda yang berminat.

"Mereka ini nanti kita akan berikan bengkel atau latihan bagaimana hendak menguruskan terutama berkaitan protokol seperti menyambut tetamu kerana ia melibatkan kejohanan besar. Sukarelawan ini bukan sahaja kosong tetapi kita nak berikan ilmu tambahan kepada mereka,"katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619