Polis tahan lelaki warga China pasang Jalur Gemilang terbalik

12 Jan 2026, 1:50 PM
Polis tahan lelaki warga China pasang Jalur Gemilang terbalik

SHAH ALAM, 12 JAN: Polis menahan seorang lelaki warga China yang dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis di Taman Eko Perniagaan 2, Senai Airport City, Kulai semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang dan suspek direman tiga hari bermula hari ini.

“Kita turut merampas sehelai bendera Malaysia dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta ujian saringan awal air kencing negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kenyataan berbaur provokasi berkaitan isu ini melalui mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 16 saat tular di laman sosial memaparkan sebuah kilang di Senai memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619