Kartel tender: SPRM tahan bekas panglima tentera darat, dua isteri

7 Jan 2026, 1:20 PM
Kartel tender: SPRM tahan bekas panglima tentera darat, dua isteri

SHAH ALAM, 7 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama dua isteri berkait kartel perolehan tender tentera darat.

Turut ditahan sepasang suami isteri yang disyaki bersubahat melarikan RM2.4 juta. Tangkapan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, lapor Buletin TV3.

Terdahulu, kenderaan membawa Tan Sri Muhammad Hafizuddeain dan isterinya memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang tadi.

“Sehingga 7 petang kita telah menahan Panglima Tentera Darat (bekas), yang kedua dua wanita yang merupakan isterinya dan yang ketiga semalam kita ada menahan seorang lelaki Melayu bersama isterinya disyaki bersubahat melarikan RM 2.4 juta”, katanya.

SPRM akan memohon reman ke atas bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya esok.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan, bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan 28 disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek melibatkan tentera darat sejak tahun 2023.

29 Disember lalu pula, Tan Sri Azam berkata pihaknya menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan.

Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau selesai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619