Dakwaan rasuah, bekas panglima tentera darat hadir ke ibu pejabat SPRM

7 Jan 2026, 9:36 AM
Dakwaan rasuah, bekas panglima tentera darat hadir ke ibu pejabat SPRM

PUTRAJAYA, 7 JAN: Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

Beliau dilihat tiba pada 3.10 petang dengan diiringi beberapa individu ketika memasuki bangunan ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Muhammad Hafizuddeain telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan beliau.

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan tentera darat.

-- BERNAMA

TAG: SPRM, Tentera Darat, rasuah, siasatan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619