Sultan Selangor sokong usaha SPRM perkukuh integriti pentadbiran negeri

5 Mac 2026, 9:40 AM
Sultan Selangor sokong usaha SPRM perkukuh integriti pentadbiran negeri

SHAH ALAM, 5 MAC: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan sokongan terhadap inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memperkukuh budaya integriti dan akauntabiliti di negeri itu.

SPRM memaklumkan Sultan Selangor bertitah demikian ketika menerima menghadap Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Baginda menerima sembah taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan usaha pencegahan rasuah dan memperkukuh kerjasama institusi dalam meningkatkan integriti pentadbiran negeri.

“Dalam majlis menghadap itu, beberapa isu lokaliti di Selangor turut dibincangkan termasuk cabaran tadbir urus, pemantapan sistem governan serta usaha meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam.

“Majlis menghadap ini juga mencerminkan komitmen berterusan SPRM ke arah memastikan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bebas daripada rasuah demi kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan SPRM itu.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Selangor Khairul Izwan Karim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619