Malaysia angkat kebersamaan Asean dalam dunia bergolak - PM

29 Dis 2025, 2:38 PM
Malaysia angkat kebersamaan Asean dalam dunia bergolak - PM

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Malaysia memikul amanah Kepengerusian Asean 2025 pada ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, namun rantau ini memilih untuk kekal berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Asean 2025 berkata Sidang Kemuncak Asean Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang penting untuk menyatukan pandangan serta merapatkan jurang antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran serantau dan global.

"Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu Asean," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian menerusi hantaran di Facebook malam ini, yang turut disertakan dengan video memaparkan detik-detik bersejarah negara sepanjang berlangsungnya Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sahabat Asean serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada tetamu sepanjang tempoh kepengerusian itu.

"Kepengerusian ini mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini. Semoga ia berkekalan, insya-Allah," kata beliau.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi Asean sejak penubuhan blok serantau itu pada 1967 selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Filipina mengambil alih jawatan pengerusi Asean daripada Malaysia pada 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619