Banjir di Pahang semakin pulih, 580 mangsa berlindung di lapan PPS

22 Dis 2025, 1:41 AM
Banjir di Pahang semakin pulih, 580 mangsa berlindung di lapan PPS

KUANTAN, 22 DIS: Situasi banjir di Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) turun mendadak kepada 580 orang daripada 167 keluarga pagi ini berbanding 2,575 orang daripada 859 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan hanya lapan PPS masih beroperasi di lima daerah setakat 8 pagi iaitu tiga di Pekan, dua di Bera serta masing-masing satu di Kuantan, Temerloh dan Maran.

Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 259 orang daripada 75 keluarga diikuti Pekan (206 orang daripada 67 keluarga) dan Bera (67 orang daripada 16 keluarga).

“Daerah Maran pula mencatatkan 35 mangsa daripada enam keluarga manakala Temerloh merekodkan 13 mangsa daripada tiga keluarga,” menurut kenyataan itu.

Infopublic banjir pula memaklumkan bahawa dua sungai utama melepasi bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran yang mencatatkan 19.39 meter manakala Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini di Pekan mencatatkan 15.73 meter.

-- BERNAMA

TAG: banjir, Pahang, PPS, pulih, JBPN

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619