Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Bentong

10 Dis 2025, 3:18 PM
Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Bentong
Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Bentong

KUANTAN, 10 DIS: Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Kuala Lumpur dekat Kampung Ketari, Bentong malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.19 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan kereta Proton Iswara dan Mercedes Benz. Setibanya di lokasi, pasukan bomba telah membuat operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Iswara terbabit menggunakan peralatan rescue tool,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua mangsa, iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Mohd Salahuddin berkata seorang lagi mangsa berusia 23 tahun yang juga pemandu kenderaan itu disahkan mengalami kecederaan parah manakala pemandu Mercedes Benz berusia 40 tahun pula hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata lapan anggota JBPM digerakkan dalam operasi terbabit dengan dilengkapi jentera Fire Rescue Tender dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619