Banjir Perak makin pulih, Sarawak catat peningkatan mangsa

10 Dis 2025, 2:15 AM
Banjir Perak makin pulih, Sarawak catat peningkatan mangsa
Banjir Perak makin pulih, Sarawak catat peningkatan mangsa
Banjir Perak makin pulih, Sarawak catat peningkatan mangsa
Banjir Perak makin pulih, Sarawak catat peningkatan mangsa

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa dipindahkan semakin berkurangan, namun situasi berbeza di utara Sarawak apabila bilangan penduduk terjejas meningkat berbanding semalam.

Di PERAK, situasi banjir di Hilir Perak dan Manjung beransur pulih apabila jumlah mangsa setakat pagi ini berkurangan kepada 141 orang daripada 42 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 147 mangsa daripada 43 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak merekodkan 117 mangsa daripada 35 keluarga manakala daerah Manjung dengan 24 mangsa melibatkan tujuh keluarga.

Sementara itu, JPS memaklumkan Sungai Slim berada pada paras berjaga-jaga apabila mencatat 25.11 meter berbanding paras normal 23.50 meter.

Di SARAWAK, empat PPS masih dibuka di kawasan utara Sarawak dengan jumlah mangsa banjir telah meningkat kepada 191 orang pada 8 pagi ini berbanding 130 mangsa, petang semalam.

Menurut laporan Sekretariat JPBN Sarawak, PPS di Dewan Bulan Sabit Merah di Miri kini menempatkan 35 mangsa termasuk empat mangsa tanah runtuh dari Kampung Lusut Jaya Taman Tungku, SK Kampung Angus (13 mangsa), PPS SK Suai Niah (89 mangsa) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (54 mangsa).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619