SELANGOR

RM5 juta baik pulih pencawang elektrik akibat vandalisme

3 Feb 2019, 5:28 AM
RM5 juta baik pulih pencawang elektrik akibat vandalisme

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KLANG, 3 FEB: Hampir RM5 juta terpaksa dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi membaik pulih pencawang elektrik (feeder pillar) ekoran kegiatan vandalisme dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, sebanyak RM15,000 perlu dibelanjakan bagi membaiki setiap unit pencawang elektrik yang rosak dan dicuri wayarnya.

“Memandangkan kawasan Pelabuhan Klang ini besar, jadi keseluruhan kawasan terbabit dan terjejas akibat vendalisme ialah RM4.7 juta kos baik pulih dan mengganti semua wayar yang hilang.

"Kos untuk membaik pulih lebih tinggi dibandingkan kos membina pencawang elektrik baharu kerana kalau baik pulih kita kena korek balik, pasang balik, kenal pasti dan buka balik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan susulan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Balai Polis Daerah Klang Selatan bagi menyelesaikan isu vandalisme di beberapa pencawang elektrik jalan raya serta lampu isyarat di sekitar Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Kawasan terjejas teruk ialah di Laguna Park, Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Telok Gong, Jalan Kem dan kawasan berhampiran.

Difahamkan, aktiviti vandalisme itu dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu dan menyebabkan seluruh kawasan berkenaan gelap sehingga membahayakan keselamatan orang awam khususnya penduduk setempat.

Pada masa sama, beliau berkata, cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan dibuat di lokasi kritikal sebagai langkah pemantauan membanteras salah laku vandalisme.

Katanya, buat masa ini kemudahan CCTV itu hanya terdapat di sesetengah kawasan sahaja di bandar Klang tetapi bukan di Pelabuhan Klang.

"Kita akan cadangkan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya di setiap kawasan pencawang elektrik atau kawasan kritikal yang tidak dilalui oleh orang awam mungkin dipasang CCTV bagi memudahkan pemantauan dijalankan pihak berkuasa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619