Suami isteri dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki terjunam dalam Sungai Rompin

2 Dis 2025, 2:11 PM
Suami isteri dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki terjunam dalam Sungai Rompin

KUANTAN, 2 DIS: Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaiki mereka dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Rompin dekat Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian berkenaan pada 5.40 petang tadi.

“Siasatan awal sedang dilaksanakan dan pihak bomba telah mula membuat pencarian di lokasi kejadian dalam keadaan arus sungai yang deras,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang dan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setakat 8 malam tadi operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619