Pegawai KPM dikaitkan dengan aktiviti songsang dalam spa digantung tugas

1 Dis 2025, 7:58 AM
Pegawai KPM dikaitkan dengan aktiviti songsang dalam spa digantung tugas

SHAH ALAM, 1 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang terlibat dalam serbuan OPS Songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara, Jumaat lepas.

Menurut kenyataan KPM hari ini, semua pegawai terbabit tidak akan ditempatkan di mana-mana institusi pendidikan di bawah kementerian itu sehingga siasatan selesai dijalankan.

“KPM mengambil serius penglibatan beberapa orang pegawai terlibat dalam aktiviti songsang seperti dilaporkan baru-baru ini.

“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalaman sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

KPM juga menasihati ketua-ketua jabatan untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di semua peringkat.

Jumaat lepas, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619