MPHS kumpul minyak masak terpakai, perkasa kelestarian alam

26 Nov 2025, 8:00 AM
MPHS kumpul minyak masak terpakai, perkasa kelestarian alam
MPHS kumpul minyak masak terpakai, perkasa kelestarian alam

SHAH ALAM, 26 NOV: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berjaya mengumpul 249.20 kilogram minyak masak terpakai menerusi Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

MPHS memaklumkan program yang berlangsung sempena Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Selangor di SK Taman Bunga Raya 1 bertujuan mengurangkan pencemaran alam sekitar menerusi pelaksanaan Dasar Ekonomi Kitaran Negara dalam memperkukuh komitmen MPHS terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Inisiatif ini memfokuskan SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Lestari, SDG 12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab serta SDG 13 iaitu Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

"Penyertaan MPHS dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan majlis dalam memperkukuh amalan kitar semula serta pengurusan sisa yang mampan," katanya menerusi Facebook.

Menurut MPHS, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Syarikat TM Enviro dan MSM Prai dalam membantu komuniti bagi mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sekali gus memperkasa budaya serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar

"Dengan sokongan padu semua pihak, Hulu Selangor diyakini mampu terus berkembang sebagai sebuah daerah yang lestari dan berdaya huni," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619