MBPJ giat kuat kuasa iklan premis, tegas lindungi imej bandar

16 Nov 2025, 1:26 AM
MBPJ giat kuat kuasa iklan premis, tegas lindungi imej bandar
MBPJ giat kuat kuasa iklan premis, tegas lindungi imej bandar
MBPJ giat kuat kuasa iklan premis, tegas lindungi imej bandar

PETALING JAYA, 16 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap premis yang melanggar syarat kelulusan iklan di sekitar SS2, Petaling Jaya baru-baru ini.

Operasi khas itu diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bersama Pengarah Jabatan Pelesenan, Pembangunan Perniagaan dan Usahawan MBPJ Sharinaz Samsudin.

Tindakan diambil terhadap premis yang mempamerkan visual iklan tidak selaras dengan kelulusan diberikan MBPJ, sekali gus melanggar peraturan ditetapkan.

MBPJ dalam kenyataan memaklumkan operasi ini bertujuan memastikan setiap iklan premis mematuhi garis panduan sedia ada serta memperkukuh integriti pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

"Operasi yang dijalankan di sekitar SS2, Petaling Jaya ini bertujuan memastikan setiap iklan premis mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan sekali gus memperkukuh integriti pentadbiran Majlis dan menjaga imej bandar raya," jelas kenyataan itu.

Selain aspek visual, MBPJ turut menekankan kepatuhan kepada penggunaan bahasa yang betul pada iklan, selaras dengan peraturan mewajibkan pemilik premis menggunakan dokumen sah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Majlis turut mengingatkan semua pengusaha agar membuat semakan serta mendapatkan kelulusan rasmi sebelum mempamerkan sebarang bahan iklan di premis masing-masing bagi mengelak tindakan tegas diambil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619