Bayi dipercayai lahir di tempat lain sebelum ditinggalkan depan tandas

16 Nov 2025, 1:11 AM
Bayi dipercayai lahir di tempat lain sebelum ditinggalkan depan tandas

BUTTERWORTH, 16 NOV: Bayi perempuan yang ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada Khamis lepas dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata siasatan dan pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan bayi itu dilahirkan di tandas atau kawasan berhampiran.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan ibu bayi tersebut dan mereka mempunyai maklumat diminta membantu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Terdahulu, media melaporkan penemuan bayi yang masih bertali pusat itu oleh orang awam.

Bayi itu yang dibawa ke Hospital Seberang Jaya disahkan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619