Lebih 13.1 juta rakyat nikmati manfaat BUDI95 setakat 31 Oktober

3 Nov 2025, 6:42 AM
Lebih 13.1 juta rakyat nikmati manfaat BUDI95 setakat 31 Oktober

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Seramai lebih 13.1 juta daripada 16.5 juta rakyat Malaysia, iaitu hampir 80 peratus menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan nilai jualan lebih RM2.66 bilion atau 1.33 bilion liter, setakat 31 Okt 2025.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pelaksanaan BUDI95 pada bulan pertama berjalan lancar dengan sistem beroperasi secara baik, tiada kerumitan dan pengguna tidak beratur panjang di stesen minyak.

“Kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk memastikan pelaksanaan sistem RON95 dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan.

“Sebagai contoh, kerajaan telah menambah golongan pengguna bot sungai dalam pangkalan data rakyat yang layak untuk subsidi RON95, malah pemandu e-hailing diberi hak kelayakan tambahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lim menjawab soalan daripada Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai status pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 dan langkah kerajaan memastikan hanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana benar-benar menikmati manfaat tersebut.

Beliau berkata langkah ini penting untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat subsidi, selain mengekalkan matlamat utama penyasaran, iaitu menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619