Bomba giat padam kebakaran belukar di Salak Tinggi

31 Okt 2025, 3:00 PM
Bomba giat padam kebakaran belukar di Salak Tinggi

PUTRAJAYA, 31 OKT: Pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran belukar di Salak Tinggi yang kini merebak sehingga 2.43 hektar, dengan cabaran utama melibatkan laluan masuk yang sukar untuk jentera dan tiupan angin kuat.

Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) KLIA Penguasa Kanan (PgKB) II Mohamad Issmanto Md Pono berkata kerja-kerja pemadaman, dijangka mengambil masa antara empat hingga lima jam lagi bergantung kepada keadaan cuaca dan kekuatan angin di kawasan tersebut.

“Fokus sekarang ini adalah untuk mengawal kemerebakan api daripada memasuki kawasan taman perumahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan masa kini masih terkawal kerana kerana ada jarak yang selamat antara kawasan terbakar dengan kawasan perumahan.

Mohamad Issmanto berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA menerima panggilan kecemasan pada 4.32 petang tadi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.

Operasi itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Muhammad Asrull Ariffin bersama tujuh anggota telah dikerahkan ke lokasi dengan bantuan lima anggota BBP Dengkil.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran belukar seluas 1.2 ekar (0.49 hektar) terbakar dan telah merebak sehinga enam ekar (2.43 hektar),” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619