Perak dilanda banjir, empat PPS dibuka di Taiping

4 Okt 2025, 12:13 AM
Perak dilanda banjir, empat PPS dibuka di Taiping

IPOH, 4 OKT: Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama apabila empat pusat pemindahan semula (PPS) dibuka di Taiping melibatkan 202 mangsa daripada 65 keluarga, malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan PPS SK Matang dibuka pada 8.30 malam, manakala PPS SK Matang Gelugor dibuka pada 10.30 malam.

Setakat 6 pagi ini, sebanyak 31 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya membabitkan kawasan terjejas di Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kampung Sentosa.

Pada masa sama, 106 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di PPS SK Simpang membabitkan kawasan terjejas di Taman Mawar dan Taman Simpang Makmur, manakala 19 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Matang melibatkan Kampung Matang Jambu serta Kampung Telok Kertang.

Sebanyak 46 mangsa daripada 13 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor membabitkan kawasan terjejas di Taman Pengkalan Setia.

"Berikutan hujan lebat dan kejadian banjir yang berlaku di kawasan sekitar, kesemua PPS berkenaan dibuka bagi menyelamat dan menempatkan beberapa keluarga yang rumah mereka terjejas dengan limpahan air banjir " menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619