Ikuti siaran langsung Istiadat Perarakan Pengantin Diraja di platform Media Selangor esok

1 Okt 2025, 1:26 PM
Ikuti siaran langsung Istiadat Perarakan Pengantin Diraja di platform Media Selangor esok

SHAH ALAM, 1 OKT: Rakyat Selangor berpeluang menyaksikan Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah lbni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj esok bermula 8.30 pagi secara eksklusif di www.mediaselangor.com.

Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan dengan Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.

Baginda akan diarak bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hingga ke Istana Alam Shah sejauh kira-kira 650 meter bagi menyempurnakan istiadat pernikahan di Masjid Istana Diraja.

‎‎Sebelum ini Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Dato' Mohamad Munir Bani dalam kenyataan berkata, istiadat pernikahan itu akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

‎Mohamad Munir berkata Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan perkahwinan itu pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619