RMS buka puasa bersama rakyat di Sungai Tengi, serah sumbangan raya

26 Feb 2026, 1:49 PM
RMS buka puasa bersama rakyat di Sungai Tengi, serah sumbangan raya
RMS buka puasa bersama rakyat di Sungai Tengi, serah sumbangan raya
RMS buka puasa bersama rakyat di Sungai Tengi, serah sumbangan raya
RMS buka puasa bersama rakyat di Sungai Tengi, serah sumbangan raya

HULU SELANGOR, 26 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sungai Tengi di sini, hari ini.

DYMM Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan raya berjumlah RM262,500 kepada 525 penerima, meliputi 99 asnaf fakir, 355 asnaf miskin dan 71 mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan RM500.

Selepas santapan berbuka, baginda menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama penduduk.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menghadiri majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada asnaf di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 26 Februari 2026. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, keberangkatan baginda diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Majlis turut dihadiri Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Anhar Opir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Dato’ Setia Salehuddin Saidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Masjid Jamek Sungai Tengi dibina berkonsep moden dalam taman dan siap sepenuhnya pada 12 Disember 2014 dengan kos RM5.3 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sumbangan wakaf orang ramai.

Selain dewan solat utama seluas 60 kaki persegi yang mampu menampung sehingga 1,200 jemaah, masjid berkenaan juga dilengkapi kemudahan bilik imam, pejabat, anjung musyawarah, sudut bacaan ilmiah, dapur, serta bilik pengurusan jenazah.

Suasana sekitar majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya kepada asnaf di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 26 Februari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619