Ragbi Piala Agong: Selangor tewas 17-24 kepada Kelantan

21 Sep 2025, 12:05 AM

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pasukan Selangor terpaksa akur selepas tewas dengan Kelantan dengan keputusan 17-24 pada perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2025 malam ini.

Berlangsung di EV Arena Elmina, pada separuh masa pertama Kelantan mendahului dengan 11 mata dengan dua sepakan penalti dan satu ‘try’ manakala Selangor pula tujuh mata dengan masing-masing satu ‘try’ dan ‘conversion’.

Bagaimanapun, Selangor bangkit pada separuh masa kedua dengan dua ‘try’ daripada Joshua David Johns menjadikan mata 17-14.

Namun, Kelantan mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menghasilkan satu ‘try’, ‘conversion’ dan sepakan penalti menjadikan keputusan keseluruhan 24-17.

Pada perlawanan edisi ke-41 ini juga memperlihatkan Selangor terpaksa bermain dengan 13 pemain apabila Muhammad Afiq Imran Ishak dan Muhammad Nafis Mohd Salleh direhatkan di 10 minit terakhir permainan tamat.

Pasukan Selangor pernah menjuarai Piala Agong sebanyak enam kali sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 1983 manakala pasukan Perlis masih belum pernah meraih gelaran juara.

Pasukan Selangor dijadual menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 27 September di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619