MP Sepang keluarkan empat kompaun, sita lapan penjaja halang kawasan awam

14 Sep 2025, 1:42 AM
MP Sepang keluarkan empat kompaun, sita lapan penjaja halang kawasan awam
MP Sepang keluarkan empat kompaun, sita lapan penjaja halang kawasan awam
MP Sepang keluarkan empat kompaun, sita lapan penjaja halang kawasan awam
MP Sepang keluarkan empat kompaun, sita lapan penjaja halang kawasan awam

SHAH ALAM, 14 Sept: Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) meneruskan komitmen dalam memastikan pematuhan undang-undang dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen dan halangan di kawasan awam sekitar Desa Sentosa, Teras Jernang.

Dalam satu hantaran di Facebook, MP Sepang memaklumkan yang operasi pada 10 September lalu diketuai Unit Penjaja Zon Tengah, Jabatan Penguat Kuasa MP Sepang itu memberi tumpuan khusus kepada aktiviti penjajaan tanpa lesen serta barangan niaga yang diletakkan di kawasan awam tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Hasil operasi tersebut, sebanyak empat notis kompaun telah dikeluarkan, manakala lapan tindakan sitaan dilaksanakan ke atas penjaja yang didapati melanggar peraturan.

Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, iaitu kesalahan meletakkan barangan perniagaan di tempat awam yang mengganggu laluan dan ketenteraman awam.

MP Sepang turut menegaskan bahawa setiap penjaja perlu mendapatkan lesen dan permit sah sebelum menjalankan sebarang bentuk perniagaan di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan.

Langkah ini bukan sahaja untuk memastikan urus niaga berjalan secara sah, malah penting bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan keselesaan persekitaran setempat.

Sehubungan itu, MP Sepang menyeru semua peniaga agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan di masa hadapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619