BERITA UTAMA

Padah niaga secara haram, MPS sita barang jualan penjaja warga asing

5 Jan 2023, 2:34 AM
Padah niaga secara haram, MPS sita barang jualan penjaja warga asing

SHAH ALAM, 5 JAN: Kedegilan penjaja warga asing yang masih berniaga secara haram di sekitar Jalan Besar Selayang Baru, Selayang mengundang padah apabila barang jualan disita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi kelmarin.

Bahagian perhubungan awam dan jabatan korporatnya berkata tindakan dibuat mengikut Seksyen UUK3 Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sebanyak 45 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran, empat bakul kelapa serta beberapa alatan seperti meja, penimbang dan payung milik penjaja terbabit disita.

"Kesemua penjaja warga asing dikenakan tindakan kerana didapati menjalankan perniagaan di kawasan petak parkir sehingga menimbulkan isu kacau ganggu, kebersihan dan kesesakan," katanya dalam kenyataan semalam.

Memandang serius terbabit, MPS memaklumkan akan terus memantau selain menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa.

PBT itu turut mengingatkan semua peniaga dan penjaja supaya mendapatkan permit sah MPS sebelum menjalankan perniagaan.

"Selain itu memastikan aspek kebersihan kawasan sekitar dijaga dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619