Kurang risiko banjir, MBSA selenggara kolam tadahan Setia Alam

4 Sep 2025, 4:56 AM
Kurang risiko banjir, MBSA selenggara kolam tadahan Setia Alam

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerja menyahlodak dijalankan di lima kolam tadahan di Setia Alam bagi mengembalikan fungsinya dalam mengawal aliran air hujan.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Simon Siow berkata kerja penyelenggaraan itu perlu bagi membuang mendapan yang terkumpul sehingga menghalang aliran air dan mengurangkan fungsi kolam tersebut.

“Secara keseluruhan, terdapat lima kolam tadahan. Kerja di kolam yang terletak di Central Park, Persiaran Setia Indah telah siap,” katanya memetik laporan The Star.

Menurut Siow, kerja pengorekan dan pembuangan selut di kelima-lima kolam itu menelan kos RM5.7 juta, sepenuhnya ditanggung oleh pemaju, SP Setia.

Kerja penyahlodak dijalankan di beberapa lokasi termasuk Urban Park@Setia Taipan di Jalan Setia Gemilang U13/BG; Western Park di Persiaran Setia Impian; berhampiran Wisma SP Setia di Persiaran Setia Dagang serta Jalan Setia Gemilang U13/47.

Siow menambah kolam tadahan di Urban Park@Setia Taipan didalamkan sehingga 2.5 meter bagi menampung aliran permukaan sebelum dilepaskan secara berperingkat ke Sungai Kapar Kecil di Klang.

“MBSA mahu kolam ini berfungsi dengan berkesan dalam menguruskan limpahan akibat hujan berterusan. Penyahlodak memastikan kolam dapat menakung air berlebihan dan melepaskannya secara perlahan.”

Kerja selenggara selebihnya dijangka siap pada pertengahan Oktober.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619