AGENDA

Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan

14 Mac 2024, 9:02 AM
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan

MUAR, 14 MAC: Remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataan berkata ketika kejadian pada 4.57 petang itu, Muhammad Adam Aqasha Abdullah pada mulanya bermain air bersama tujuh rakannya.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa terjatuh dan cuba dibantu rakannya namun tidak berjaya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan anggota dan pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar," katanya dan menambah mayat mangsa ditemukan di dasar kolam pada 9.45 malam dan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar Pengusaha Bomba Kanan I Johar Tumin berkata sembilan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut Johar mayat remaja itu ditemukan pada kedalaman tiga meter dengan jarak dua meter dari tebing mangsa terjatuh selepas pihak bomba melakukan teknik pencarian permukaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619