SELANGOR

Proses ganti paip lama sepanjang 435 km rancak dijalankan

5 Dis 2018, 6:26 AM
Proses ganti paip lama sepanjang 435 km rancak dijalankan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 DIS: Proses menggantikan paip air lama di Selangor di 84 kawasan melibatkan jajaran sepanjang 435.29 kilometer sedang rancak dijalankan di mana 19 daripadanya telah siap sepenuhnya.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim berkata, Air Selangor menganugerahkan 20 pakej penggantian paip lama bagi memastikan projek itu berjalan lancar.

"19 kawasan telah pun siap sepenuhnya manakala kerja-kerja penggantian di 65 kawasan masih berjalan dan akan siap secara berperingkat," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Izham berkata, Kerajaan Negeri akan mengkaji senarai 84 kawasan ini semasa ke semasa ekoran perancangan dan pelaksanaan penggantian paip adalah berdasarkan kepada keutamaan serta kemampuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619