KSN: Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat merdeka

8 Ogos 2025, 3:58 AM
KSN: Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat merdeka

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menyeru penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan tempat kerja masing-masing bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Tunjukkan semangat patriotisme dan semarakkan roh MERDEKA!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi poster yang dimuat naik bersama hantaran itu, Shamsul Azri berkata semangat kemerdekaan tidak seharusnya bermusim sebaliknya perlu didakap kemas pada setiap masa walau di mana sahaja.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kanan) bercakap kepada pemberita selepas melawat Pusat Operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang dibuka di Pusat Media Antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 27 Mei 2025. Foto BERNAMA

“Saya takrifkan semangat MERDEKA ini dengan singkatan akronim: Menumpah Taat Setia, Empati kepada rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik dan Amanah,” katanya menerusi poster berkenaan.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang diadakan bagi menyemarakkan semangat cinta negara dalam kalangan penduduk sekali gus memastikan semangat patriotisme sentiasa berada pada tahap tertinggi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619