SELANGOR

Belanjawan sulung Amirudin dinanti - IDE

22 Nov 2018, 8:45 AM
Belanjawan sulung Amirudin dinanti - IDE

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 22 NOV: Pengumuman Belanjawan Selangor 2019 oleh Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari pasti dinanti ramai pihak ekoran ia adalah belanjawan sulungnya selepas dilantik, pada Jun lalu.

Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata, harapan tinggi diletakkan khususnya generasi muda kerana pemimpin negeri itu dilihat mewakili sentimen anak muda.

Katanya, Selangor di bawah Pakatan Harapan (PAKATAN) sejak 2008 mengangkat tema ekonomi berpaksikan kepentingan rakyat.

"Berdasarkan kajian IDE, rakyat Selangor berdebar-debar dan sememangnya menanti pembentangan Belanjawan Selangor 2019, pada petang esok," katanya kepada SelangorKini.

Mengulas lanjut, Khairul Arifin berkata, Selangor juga jelas mendapat 'ranking' tertinggi dari segi persepsi rakyat, berbanding negeri mengikut 'Survei Malaysia 2018'.

"Rakyat luar Selangor memandang tinggi keupayaan Kerajaan Negeri memacu ekonomi negeri bukan sahaja memperkayakan pelbagai golongan masyarakat, tetapi turut mampu menjana ekonomi rakyat kebanyakan.

"Keprihatinan tertinggi adalah berkaitan ekonomi terutama berkaitan harga barang dan kos sara hidup khususnya dalam kalangan generasi muda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619