SELANGOR

Tawaran Rumah SelangorKu mula dibuka

9 Nov 2018, 2:55 AM
Tawaran Rumah SelangorKu mula dibuka
Tawaran Rumah SelangorKu mula dibuka

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 NOV: Tawaran Rumah SelangorKu (RSKU) kini mula dibuka kepada orang ramai menerusi Pameran Hartanah Negeri Selangor 2018 di Setia City Mall, pada 8 hingga 11 November ini.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, terdapat beberapa lokasi RSKU ditawarkan termasuk Dengkil, Morib, Kapar, Ijok, Damansara, Cheras dan Rawang.

"Program penawaran terbuka ini dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), jangan lupa ikuti senarai semak permohonan RSKU untuk memudahkan proses permohonan," katanya menerusi akaun facebook rasminya.

Sementara itu, LPHS melalui kenyataan berkata, kelayakan diambil kira berdasarkan syarat pemohon atau individu sahaja, sebaliknya bukan berdasarkan pasangan suami isteri.

Antara dokumen yang perlu dikemukakan termasuk penyata CCRIS dari Bank Negara Malaysia, salinan penyata gaji terkini, dan penyata KWSP.

Pemohon mestilah berdaftar di dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku (RSKU) dan membuat semakan terlebih dahulu dari segi kelayakan jumlah had pinjaman pemohon daripada institusi kewangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619