PBT

Orang ramai dipelawa kemuka pendapat projek pembangunan MPSepang

20 Jul 2025, 6:00 AM
Orang ramai dipelawa kemuka pendapat projek pembangunan MPSepang
Orang ramai dipelawa kemuka pendapat projek pembangunan MPSepang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengalu-alukan orang ramai menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang berlangsung sehingga 1 Ogos depan.

Masyarakat khususnya penduduk daerah itu diseru untuk mengemukakan cadangan dan bantahan terhadap cadangan pembangunan yang dirancang sekali gus memastikan suara rakyat diambil kira dalam proses perancangan bandar.

“Anda semua dipelawa untuk memberikan cadangan dan bantahan dalam merangka pelaksanaan pembangunan yang selari dengan aspirasi masyarakat serta menyokong agenda pembangunan mampan di daerah Sepang.

“Penglibatan anda juga mampu memberikan impak positif kepada corak pembangunan di daerah ini yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara menyeluruh,” katanya di Facebook.

Antara lokasi untuk membuat semakan dan mendapatkan penerangan lanjut:

Lokasi Pameran Tetap

  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia, Putrajaya
  • PLANMalaysia Selangor
  • Pejabat Daerah dan Tanah Sepang

Lokasi Pameran Bergerak

  • Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya (1 Julai - 6 Julai 2025)
  • IOI City Mall, Putrajaya (7 Julai - 12 Julai 2025)
  • Kip Mall, Kota Warisan (13 Julai - 18 Julai 2025)
  • Mitsui Outlet Park, KLIA (19 Julai - 24 Julai 2025)
  • Pusat Informasi Bagan Lalang (25 Julai - 1 Ogos 2025)

Sebelum ini, media melaporkan lima projek pemacu dikenal pasti sebagai teras utama transformasi daerah Sepang dalam tempoh 10 tahun akan datang menerusi Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang 2035 (Penggantian).

Dato’ Menteri Besar berkata projek berkenaan merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk pembangunan bandar pintar berteknologi tinggi, koridor industri, aeroangkasa, jaringan pengangkutan awam serta mitigasi banjir.

Tambah Dato’ Seri Amirudin Shari, kesemua komponen itu akan menjadi tulang belakang kepada pemajuan Sepang dan sejajar dengan perancangan menyeluruh pembangunan negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619