MPSepang lulus 10,315 lesen perniagaan tahun ini

1 Feb 2026, 4:03 AM
MPSepang lulus 10,315 lesen perniagaan tahun ini
MPSepang lulus 10,315 lesen perniagaan tahun ini

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) meluluskan 10,315 lesen perniagaan melibatkan pelbagai kategori pada tahun ini.

Yang Dipertuanya, Dr. Ani Ahmad berkata, kelulusan lesen itu selaras keperluan pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan operasi perniagaan berjalan secara sah, teratur dan mematuhi peraturan.

"Peniaga yang gagal memperbaharui lesen perniagaan boleh di kompaun sehingga maksimum RM1,000 mengikut peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa," katanya ketika menyampaikan amanat pada mesyuarat penuh pertama PBT itu bagi tahun 2026, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata MPSepang menyediakan 657 petak bazar Ramadan melibatkan 611 peniaga di 12 lokasi pada tahun ini.

Jelasnya, antara lokasi tersebut ialah Cyberjaya, Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Putra, Taman Mas, SIC dan Kip Mall

Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 845 petak bazar disediakan di 16 lokasi sempena Ramadan tahun ini.

Antara lokasi bazar ramadan ialah Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Pandan Jaya, Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, TLK Jalan Melawati 1A, Taman Melawati Jalan AU1D, Taman Keramat Permai Jalan AU2, Taman Keramat Jalan E1, Taman Melawati Jalan AU5, Keramat TLK Jalan Changkat Permata dan Taman Permata.

“Orang ramai boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ di talian 03-4285 7344 / 7170 untuk maklumat lanjut," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619