AGENDA

Kandungan sentuh Institusi Diraja di Facebook, individu disiasat

19 Jul 2025, 3:34 AM
Kandungan sentuh Institusi Diraja di Facebook, individu disiasat

PUTRAJAYA, 19 JULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat kandungan palsu menyentuh Institusi Diraja yang dimuat naik oleh individu menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, kandungan berkenaan dipercayai mengandungi dakwaan tidak berasas kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara.

"Dakwaan tersebut mengelirukan orang ramai dan menjejaskan integriti sistem perundangan negara serta kewibawaan Institusi Diraja," menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 2.30 petang semalam.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan palsu yang menyentuh agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619