GLOBAL

Gurauan Khabib terhadap Dana White curi tumpuan

10 Okt 2018, 2:44 AM
Gurauan Khabib terhadap Dana White curi tumpuan
Gurauan Khabib terhadap Dana White curi tumpuan

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 10 OKT: Khabib Nurmagomedov mendapat semula tali pinggang kejuaran UFC Lightweight selepas hampir tiga hari menewaskan Cornor McGregor yang berakhir dengan kekecohan.

Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri Khabib yang memuat naik sekeping gambar, di laman Instagram sambil bergambar bersama kenderaan milik Presiden UFC, Dana White dengan tanda pagar #SendmeLocation.

"@danawhite awak bertuah memulangkan semula tali pinggang (kejuaraan) saya atau saya akan rosakkan kereta anda. Saya tahu lokasi parkir awak," katanya.

Bagaimanapun, gurauan itu mendapat reaksi balas White yang ingin 'memberitahu' bapanya jika ia berlaku dan dibalas 'no way' oleh Khabib.

Nama Khabib mula menjadi perhatian peminat sukan dunia susulan kejayaan beliau melebarkan rekod tanpa kalah kepada 27-0, di samping tindakan balas menyerang rakan McGregor selepas bertindak keluar daripada octagon sejurus selesai perlawanan.

Kekecohan yang berlaku itu menyebabkan White mengambil keputusan tidak menyerahkan tali pinggang kejuaraan kepada Khabib selepas perlawanan bagi mengelakkan keadaan lebih buruk.

Kesan daripada kejadian itu menyebabkan White mempertimbangkan denda $250,000 dan penggantungan selama empat hingga enam bulan terhadap Khabib dengan kejuaraan UFC Lightweight kekal tetapi keputusan itu belum dimuktamadkan.

Namun yang pasti, UFC sudah menetapkan penggantungan selama sebulan kepada McGregor sehingga 6 November 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619