BERITA UTAMA

Teruskan tradisi peduli rakyat - Zawawi

4 Ogos 2018, 2:19 PM
Teruskan tradisi peduli rakyat - Zawawi
Teruskan tradisi peduli rakyat - Zawawi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 OGOS: Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Mohd Zawawi Ahmad Mughni bertekad mahu meneruskan kesinambungan tradisi peduli rakyat selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Katanya, antara tugas pertama yang akan diselesaikan ialah menyempurnakan kerja naiktaraf infrastruktur yang tidak sempat ditunaikan penyandang kerusi DUN itu, Mat Shuhaimi Shafiei sebelum ini.

"Sepanjang tempoh berkempen sejak 14 hari yang lalu, saya menerima banyak aduan berkaitan prasarana, perparitan, lampu jalan dan pelbagai kes berkaitan infrastruktur.

"Selepas melihat semuanya, kita akan panjangkan ianya kepada pihak bertanggungjawab dan akan diselesaikan secara berperingkat," katanya dalam sidang media.

Zawawi yang memenangi majoriti undi sebanyak 5,842 itu turut melahirkan rasa syukurnya kepada pengundi yang terus memberi sokongan kepada PAKATAN.

"Terima kasih kepada keluarga saya yang tidak pernah putus mendoakan, juga pihak jentera yang bertungkus lumus siang dan malam.

"Tidak ketinggalan, pihak media yang setia menanti dan menyampaikan suara saya kepada pengundi, saya akan galas tanggungjawab ini dengan sebaiknya," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619