AGENDA

Tidak wajib, bayar insurans kesihatan guna Akaun 2 KWSP hanya sukarela

20 Jun 2025, 1:02 PM
Tidak wajib, bayar insurans kesihatan guna Akaun 2 KWSP hanya sukarela

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Skim insurans kesihatan yang dicadangkan kerajaan melalui Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bersifat sukarela dan bukan wajib, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pendekatan itu dicadangkan bagi memberi pilihan kepada pencarum yang mungkin inginkan pelan perlindungan insurans lebih meluas kerana ketika ini 32 peratus kos penjagaan kesihatan dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans.

“Dengan pendekatan ini, kerajaan berhasrat memperluas akses kepada penjagaan kesihatan swasta yang lebih cepat dan berkualiti tanpa menambah beban kewangan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata cadangan itu juga mengambil inspirasi daripada model negara seperti Singapura, yang mengutamakan akses insurans untuk majoriti rakyat.

“Hanya sekitar satu peratus daripada Akaun Dua KWSP digunakan untuk bayar insurans. Ini cara yang paling baik,” katanya.

Semalam Dzulkefly dilaporkan berkata kerajaan mempertimbang untuk membenarkan rakyat menggunakan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai premium bulanan insuran kesihatan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619