BERITA UTAMA

SIWANIS 2025 disertai wakil wanita seluruh negara, perkongsian ilmu lebih meluas

16 Jun 2025, 10:35 AM
SIWANIS 2025 disertai wakil wanita seluruh negara, perkongsian ilmu lebih meluas
SIWANIS 2025 disertai wakil wanita seluruh negara, perkongsian ilmu lebih meluas
SIWANIS 2025 disertai wakil wanita seluruh negara, perkongsian ilmu lebih meluas

Oleh Nur Azyyati Omar

PETALING JAYA, 16 JUN:  Edisi ketiga Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2025 telah ditambah baik termasuk menerima penyertaan dari seluruh negara sekali gus menjadikan penganjuran tahun ini lebih inklusif.

EXCO Pembangunan Wanita Selangor Anfaal Saari berkata berbeza sebelum ini yang terbuka kepada peserta negeri ini sahaja, penyertaan dari serata negara membuka ruang perkongsian ilmu serta memperkukuh jaringan wanita muda dalam kepimpinan.

"Program SIWANIS anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah ditambah dalam pelbagai aspek.

“Antara penambahbaikan utama yang diperkenalkan ialah konsep mentor-mentee melibatkan Ahli Dewan Negeri Selangor sendiri, yang akan membimbing peserta terpilih dalam sesi latihan dan lawatan rasmi ke institusi kerajaan.

"Kualiti kandungan bengkel dan tenaga pengajar turut dipertingkatkan termasuk penglibatan istimewa Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dato Dr Johari Abdul dalam menyampaikan pengisian khas kepada para peserta," katanya ketika merasmikan program di Hotel Crystal Crown, di sini, semalam.

Beliau berkata penambahbaikan tersebut antara langkah strategik ke arah melahirkan lebih ramai wanita yang bukan sahaja aktif dalam masyarakat, malah mampu mengisi jawatan pembuat dasar dengan kredibiliti dan kecekapan.

Seramai 74 peserta SIWANIS 2025 berusia 18 hingga 45 tahun akan menjalani dua siri bengkel utama yang memberi pendedahan terhadap proses penggubalan dasar menerusi lensa gender, serta pemahaman tentang undang-undang tubuh dan peraturan Dewan Negeri Selangor.

Daripada jumlah tersebut, 56 peserta terbaik akan dipilih menyertai fasa lanjutan yang merangkumi sesi lawatan lapangan bersama ahli dewan negeri sebagai mentor, syarahan khas, simulasi persidangan serta perbahasan utama yang bakal berlangsung pada 12 Ogos 2025 di Dewan Negeri Selangor.

[caption id="attachment_705808" align="aligncenter" width="700"] EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari bersama Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San dan Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor, Siti Faridah Abdul Samad bersama peserta selepas perasmian Sidang Wanita Selangor 2025 (SIWANIS) Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_705809" align="aligncenter" width="700"] Peserta Sidang Wanita Selangor 2025 (SIWANIS) Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619