AGENDA

Pasukan keselamatan Saudi tahan 20 individu bawa jemaah haji tanpa kebenaran

1 Jun 2025, 8:30 PM
Pasukan keselamatan Saudi tahan 20 individu bawa jemaah haji tanpa kebenaran

MEKAH, 1 JUN: Pasukan keselamatan haji Arab Saudi di pintu masuk ke Mekah menahan 20 individu — terdiri daripada lima ekspatriat dan 15 warganegara — kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 94 jemaah tanpa permit sah.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), Kementerian Dalam Negeri telah memulakan tindakan pentadbiran terhadap semua pihak yang terlibat termasuk pemandu, rakan subahat serta jemaah tanpa kebenaran.

Langkah-langkah dikenakan termasuk hukuman penjara, denda sehingga SR100,000 serta penyiaran identiti pesalah secara terbuka.

Warga asing yang terlibat akan dihantar pulang selepas tamat hukuman dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

Kenderaan yang digunakan juga akan dirampas.

Kementerian turut mengingatkan bahawa sesiapa yang cuba menunaikan haji tanpa permit akan dikenakan denda sehingga SR20,000.

Kementerian Dalam Negeri menyeru semua rakyat dan penduduk supaya mematuhi peraturan dan arahan haji secara tegas, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah dalam melaksanakan ibadah suci itu.

- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619