AGENDA

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuhi panduan ambil air zamzam

7 Mac 2025, 5:38 AM
Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuhi panduan ambil air zamzam

MEKAH, 7 MAC: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyeru pengunjung untuk mengikuti panduan ketika menggunakan kemudahan yang disediakan untuk minum air zamzam, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.

Pihak berkuasa menekankan kepentingan membuang cawan plastik dengan betul di kawasan yang ditetapkan dan menasihatkan agar tidak membuka bekas air zamzam.

Pihak berkuasa juga menekankan kepentingan menggunakan kawasan wuduk yang ditetapkan dan mengkhususkan air zamzam hanya untuk diminum, mengukuhkan komitmen bersama untuk mengekalkan kebersihan Masjidil Haram dan memastikan persekitaran ibadah yang selesa.

- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619